Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Allianz General sediakan sokongan tuntutan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah menggerakkan pasukan tuntutannya untuk membantu menyelesaikan tuntutan banjir dengan pantas di Kedah, Pulau Pinang, dan Perak.

Negeri-negeri utara sedang berwaspada susulan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, dengan hujan lebat dijangka berlanjutan sehingga beberapa hari lagi.

Dengan 4x4 Allianz General dan pasukan penyelaras tuntutan bersiap sedia, pelanggan hanya perlu hubungi 1-800-22-5542 untuk membuat permintaan tuntutan. Allianz General akan menugaskan seorang penyelaras untuk membantu pelanggan dengan tuntutannya secepat mungkin.

“Inisiatif tuntutan banjir kami sentiasa mengutamakan pelanggan kami. Kami tahu kesukaran yang dihadapi mangsa banjir. Oleh itu, cara terbaik untuk kami membantu pelanggan adalah dengan menawarkan mereka sokongan penuh dan bayaran tuntutan segera supaya mereka boleh meneruskan hidup,” kata Damian Williams, Ketua Tuntutan Allianz General.

Untuk pemegang polisi individu (seperti Smart Home Cover) Allianz General menyediakan penyelesaian tuntutan penuh atau bayaran interim dalam masa lima hari selepas lawatan oleh penyelaras.

Pelanggan dengan insurans kebakaran (produk komersial) akan menerima bayaran interim dalam masa lima hari selepas dilawati oleh penyelaras, dengan penyelesaian tuntutan penuh dibayar antara 21 dan 28 hari selepas lawatan oleh penyelaras.

Walau bagaimanapun, jika untuk apa sebab sekalipun Syarikat tidak dapat membayar tuntutan sebelum hari ke-28, bayaran interim kedua akan dilakukan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh hubungi Allianz General melalui [email protected] atau 1-300-22-5542, dari hari Isnin hingga Jumaat antara jam 8.00 pagi hingga jam 8.00 malam.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.