Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menangi Pangsapuri Dengan Pembiayaan M4M2.0 CBP

Orang ramai kini berpeluang untuk memenangi sebuah pangsapuri bernilai RM100,000 dan pelbagai hadiah menarik menerusi Kempen Pembiayaan Persendirian-i Money For Merdeka (#M4M2.0) Co-opbank Pertama (CBP).

Kempen #M4M2.0 ini terbuka kepada kakitangan kerajaan dan swasta yang terpilih. Menerusi pembiayaan persendirian ini, individu yang layak boleh memohon pembiayaan tunai sehingga maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun dan kadar tetap serendah 2.69 peratus.

Selain menawarkan sebuah pangsapuri, pelanggan yang bertuah akan turut berpeluang untuk memenangi motorsikal, komputer riba dan wafer emas serta banyak lagi hadiah yang menarik.

Untuk rekod, Kempen M4M yang mula dianjurkan pada tahun 2020, pelanggan CBP dari Kota Kinabalu, Clarence Tami memenangi pangsapuri bernilai RM100,000 di Pulau Pinang.

Kempen #M4M2.0 ini terbuka kepada kakitangan sektor kerajaan dan Badan Berkanun berstatus tetap dengan tempoh berkhidmat melebihi tiga bulan dan kakitangan berstatus kontrak bersambung tidak kurang dua tahun berkhidmat hanya kepada warga kerja KEMAS dan Jabatan Perpaduan sahaja selain daripada mereka yang bekerja dengan anak syarikat kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Manakala bagi yang bekerja swasta, ianya tertakluk kepada syarikat yang terpilih atau Panel Majikan Dilantik.

Kempen M4M2.0 yang berlangsung sehingga 15 September 2021 ini juga turut mensasarkan pelanggan yang ingin menyatukan komitmen kewangan melalui pembiayaan peribadi di CBP

Dalam pada itu, CBP juga turut menawarkan pelbagai produk kewangan patuh Syariah yang meliputi pembiayaan perumahan/hartanah, Simpanan/deposit, Ar-Rahnu, takaful dan wasiat selain daripada pembiayaan peribadi. Bagi pelanggan koperasi dan korporat pula, CBP turut menawarkan pelbagai bentuk pembiayaan yang bertujuan bagi membantu pengembangan perniagaan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cbp.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan CBP di 1-300-88-7650. CBP mempunyai 28 cawangan di seluruh negara.


Kandungan ini disediakan oleh Co-opbank Pertama (CBP)

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.