OPPO memilih Lazada Sebagai rakan eDagang eksklusif untuk pelancaran Reno6 Pro terkini di LazMall
“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Lazada bagi pelancaran inovasi terkini kami, OPPO Reno6 Pro, kepada para pembeli dalam talian di Malaysia. Kerjasama strategik in bertujuan untuk menggembirakan peminat setia kami di LazMall dengan pelbagai ganjaran dan pengalaman membeli-belah yang eksklusif, sambil memanfaatkan jumlah pelanggan yang besar dan penyelesaian pemasaran terunggul di Lazada,” kata Isaac Lee, Ketua eDagang, OPPO Malaysia.
Para pembeli dalam talian boleh yakin akan ketulenan produk dan tawaran terhebat apabila membeli OPPO Reno6 Pro di LazMall, dengan janji 100% tulen yang disokong oleh jaminan pengembalian wang 5x, dan janji pulangan percuma 15 hari*. Pelanggan juga boleh membuat pra-pesanan secara eksklusif di LazMall pada harga RM2,999 dan diberi ganjaran penghantaran percuma RM0 dan juga hadiah percuma bernilai sehingga RM1,099*. Seramai 100 pelanggan pertama yang membuat pra-pesanan bagi telefon pintar tersebut di kedai rasmi OPPO di LazMall juga akan menerima diskaun tambahan RM50 dengan menggunakan kod baucar ‘OPPO50’ semasa membayar.
“LazMall memainkan peranan penting dalam strategi perniagaan Lazada kerana jenama-jenama hari ini gigih mendigitalkan perniagaan melalui berbilang saluran untuk berinteraksi dengan pelanggan dan kekal berdaya saing dalam era digital. Kerjasama dengan OPPO menerusi saluran LazMall kami membolehkan pelanggan OPPO menikmati pengalaman beli-belah bermutu tinggi di dalam talian, sambil yakin bahawa mereka akan menerima produk tulen dan tawaran terbaik bagi produk terkini,” kata Chenxi Zhou, Ketua LazMall, Lazada Malaysia.
OPPO Reno6 Pro terbaru ini dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon™ 870 5G dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Skrin lengkung 6.55-inci juga memaparkan Kamera Swafoto 32 MP di hadapan untuk menyokong pengalaman video potret dan kamera matriks 50MP AI Quad di belakang. Dilengkapi dengan bateri 4500 mAh dan pengecasan 65W SuperVOOC 2.0, pengguna boleh memanfaatkan telefon pintar untuk menikmati pengalaman permainan dan videografi terkemuka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://lzd.co/LazMallMYOppo
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai