Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ar-Rahnu CBP Tawar Kadar Keuntungan Rendah

Dengan pengalaman lebih 70 tahun dalam pengurusan kewangan, Co-opbank Pertama (CBP) semakin mendapat tempat dalam masyarakat apabila menawarkan pelbagai produk perbankan yang patuh Syariah. Meskipun berdepan dengan pandemik sepanjang tahun lalu, CBP masih berjaya mengekalkan prestasinya sehingga dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Koperasi Terbaik tahun 2020.

Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, dengan mengetengahkan produk perbankan patuh Syariah, pastinya ia dilihat sebagai langkah yang tepat dengan mengenakan kadar keuntungan yang kompetitif serta manfaat dan kelebihan yang baik untuk pelanggan. Tujuan utama penawaran produk dan perkhidmatan perbankan patuh Syariah juga adalah untuk memberi penyelesaian kewangan dan mengurangkan beban pelanggan..

CBP menawarkan pelbagai produk perbankan seperti pembiayaan persendirian, pembiayaan perumahan, pembiayaan hartanah, pembiayaan koperasi dan korporat, akaun simpanan, penulisan wasiat, bancatakaful selain pembiayaan Ar-Rahnu.

Semua produk dan perkhidmatan patuh Syariah ini ditawarkan di kesemua 28 cawangan CBP di seluruh negara. CBP juga telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila merasmikan Outlet ‘stand alone’ Ar-Rahnu yang pertama di Setapak pada 10 April 2021.

CBP juga merancang untuk membuka lima buah Outlet ’stand alone’ Ar-Rahnu di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti sebagai projek rintis. Outlet ini menawarkan keselesaan kepada pelanggan dan turut memberikan perkhidmatan yang efisien untuk pelanggan bagi mendapatkan pembiayaan segera menerusi gadaian emas.

Ar-Rahnu CBP menawarkan pembiayaan menerusi gadaian emas dengan jumlah pembiayaan terkumpul maksimum sehingga RM350,000 dengan had pembiayaan harian sebanyak RM50,000. Nilai pembiayaan menerusi gadaian emas ini adalah sehingga 75% daripada nilai emas dan wang pembiayaan akan terus didepositkan ke dalam akaun simpanan CBP pelanggan.

Pada ketika ini, Ar-Rahnu CBP menerima barangan kemas yang diperbuat daripada emas yang mempunyai mutu 750 sehingga 999 dan ianya meliputi pelbagai jenis barangan emas seperti wafer emas, bar emas, barangan kemas, syiling emas dan dinar emas.

Banyak manfaat yang akan diperolehi oleh pelanggan sekiranya menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu; antaranya adalah kadar keuntungan pembiayaan yang rendah, pentaksiran barang gadaian yang pantas, barang gadaian dilindungi oleh takaful, penghantaran notis kepada pelanggan bagi gadaian tamat tempoh atau tidak dituntut dan tempoh bayaran balik yang fleksibel dan bertolak ansur serta wang lebihan lelongan, jika ada, akan dikembalikan kepada pelanggan. CBP juga menawarkan perkhidmatan percuma yang lain seperti pentaksiran barang emas dan pencucian barang kemas.

Ianya amat berbeza jika dibandingkan dengan pajak gadai konvensional di mana kadar riba yang tinggi - sehingga 2peratus sebulan atau 24 peratus setahun, penilaian barang gadaian tidak didedahkan, notis tidak dihantar kepada pelanggan, wang lebihan jualan barang gadaian tidak dikembalikan kepada pelanggan dan tempoh bayaran balik yang pendek dan statik.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ar-Rahnu CBP, anda boleh layari laman web www.cbp.com.my atau hubungi 1-300-88-7650.


Kandungan ini disediakan oleh Co-opbank Pertama (CBP).

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.