Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Chef Le Cordon Bleu Daphane Loke hidangkan SAYBONS buat rakyat Malaysia

Kelazatan sajian Perancis dan diinspirasikan Perancis menggamit selera; kini mudah didapati dan boleh dinikmati di rumah

Apabila terlintas sahaja sajian Perancis di benak fikiran kita, ia sering dikaitkan dengan pengalaman ‘fine dining’ atau serba mewah. Lalu, kita selalu menyangka bahawa ia cuma untuk meraikan saat-saat istimewa sahaja, di mana bukannya semua rakyat Malaysia mampu untuk berbelanja semewah itu.

Namun kini, hasil bakat kreatif dan minat membara Chef Le Cordon Bleu Daphane Loke, SAYBONS pastinya akan mengubah persepsi anda tentang sajian Perancis!

 Mengecap kejayaan di Singapura dalam membawakan pengalaman santai untuk menikmati sajian Perancis, SAYBONS menghidangkan sajian Perancis yang lazat sejak tahun 2007 lagi. Ia juga menawarkan pelbagai pek makanan popular yang sedia untuk dihidang iaitu Pasta Pots, Stews dan Broths dan Pek Take Home Soup.

SAYBONS diilhamkan daripada frasa Perancis 'C'est si bon' yang bermaksud ‘Ia amat bagus’.

Chef Daphane mencipta SAYBONS agar lebih ramai mampu menikmati sajian Perancis tanpa perlu berhabis wang. Pada masa yang sama, SAYBONS mengekalkan keaslian rasa daripada bahan ramuan yang paling segar, disempurnakan pula dengan teknik kulinari klasik sajian Perancis.

Di samping kejayaan manis kafe SAYBONS, Chef Daphane juga mengambil pendekatan segar dan inovatif untuk menghidangkan sajian Perancis. Beliau menyajikan keenakan masakan Perancis dalam bentuk yang mudah dinikmati oleh semua, sama ada mereka di luar, di pejabat mahupun di rumah. Malah beliau amat menginginkan supaya sesiapa sahaja dapat menikmati kelazatan sajian Perancis tanpa perlu banyak berleceh, lebih-lebih lagi apabila kesuntukan masa.

SAYBONS merupakan kumpulan syarikat yang menawarkan pengalaman makanan santai Fusion French pertama di Singapura, lengkap dengan kafe, katering, mesin layan diri dan pek makanan sedia untuk dihidang. Hari ini, kumpulan syarikat ini bersedia untuk melebarkan sayapnya ke luar negara, dengan Malaysia sebagai destinasinya yang pertama.

Dengan ketibaan jenama ini di negara Malaysia, keenakan rasa SAYBONS bakal dapat dinikmati semua. Sebagai ‘pembuka selera’, anda boleh menikmati sup SAYBONS, seenak seperti dari restoran Perancis, tanpa perlu keluar dari rumah. Malah lebih mengujakan, ia boleh didapati dengan harga yang berpatutan!

Empat daripada pek Take Home Soup SAYBONS yang diperakui halal - Sup Cendawan Liar, Sup Makanan Laut Bisque, Sup Kentang & Leek, dan Sup Tomato Segar - boleh didapati di cawangan terpilih Village Grocer, Big and BSC Fine Foods dan secara online di https://www.bites.com.my/ dan https://www.happyfresh.com/.

Mulai sekarang hingga 30 September 2021, 100 pembaca Malaysiakini pertama yang membuat pembelian dalam talian Happy Fresh boleh menikmati diskaun RM 8 (untuk pembelian minimum RM 50). Gunakan kod ini : Malaysiakini.

Sekarang di Malaysia: Pek take home soup SAYBONS yang diperakui halal - sup cendawan liar, sup makanan laut bisque, sup kentang & leek, dan sup tomato segar.

Pek Take Home Soup SAYBONS bersaiz 510ml dimasak sempurna dengan bahan ramuan segar dan semula jadi, tanpa bahan pengawet tambahan. Setiap pek dapat menjamu sehingga tiga orang dan sesuai untuk seisi keluarga. Selain itu, ia melengkapkan lagi bahan ramuan di dapur anda kerana ia boleh dijadikan asas untuk pasta, rebusan stew dan juga hidangan kaserol yang menyelerakan. Lahirnya idea ini adalah daripada Chef Daphane sendiri, yang dilatih oleh Le Cordon Bleu, di mana beliau menyedari akan betapa perlunya produk serba boleh di dapur masa kini.

"Realitinya, kehidupan di kota penuh dengan kesibukan dan kita juga sudah terbiasa terkejar-kejar masa, sehingga ramai yang sering mengabaikan waktu makan. Dengan SAYBONS, kami menawarkan hidangan mudah dengan harga berpatutan dan dapat dinikmati semua. Pada masa yang sama, kami mengekalkan kualiti, berasaskan teknik kulinari Perancis yang paling bagus digandingkan pula dengan bahan ramuan segar, serta dipek menggunakan teknologi terbaik. Jadi, tidak kiralah jika anda sibuk melayan keletah anak, sibuk menyiapkan kerja pejabat, atau sibuk bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran sekalipun. Anda cuma perlu menunggu beberapa minit sahaja, dan sajian pasta atau sup enak lagi berkhasiat sudahpun sedia untuk dimakan,” kata Chef Daphane.

Sup Makanan Laut Bisque SAYBONS dijual pada harga RM 36.90 setiap satu manakala 3 varian lain berharga RM 29.90 setiap satu. Semua Pek Take Home Soup SAYBONS dijual dalam pek dingin dan mempunyai jangka hayat rak dingin selama 2 bulan. Ketahui lebih lanjut cara untuk menyimpan dan menghidangkan Pek Take Home Soup SAYBONS dengan melayari https://youtu.be/YP0zGQovcZk. Anda juga boleh mengikuti akaun YouTube SAYBONS untuk mendapatkan tips masakan Chef Daphane Meal Hacks yang menarik (https://www.youtube.com/c/saybonssg).

Sememangnya, Sup Makanan Laut Bisque SAYBONS yang turut memenangi anugerah ini mempunyai aroma dan keenakan rasa luar biasa, lantas melayakkannya ke tahap pengiktirafan 2 bintang di Great Taste UK 2019 Awards, menjadikannya satu-satunya pek sup diperbuat di Asia yang menerima penghargaan itu.

“Kami teruja untuk memperkenalkan pengalaman SAYBONS yang lengkap di Malaysia, menghidangkan sajian Perancis dan diinspirasikan Perancis kami yang lazat dan mudah didapati. Kami juga akan berkerjasama dengan rakan pengedar tempatan untuk memperkenalkan pek produk sedia dihidang kami, di samping meneroka peluang untuk mendirikan kafe, kios atau mesin layan diri di negara ini.”

“Merenung masa hadapan dunia kulinari, impian saya adalah supaya sajian yang enak boleh didapati di setiap penjuru dunia. Tentunya, SAYBONS akan menghidangkan sajian Perancis dan diinspirasikan oleh Perancis yang boleh dinikmati walau di mana jua anda berada,” akhiri Chef Daphane.

Kini, sesiapa sahaja boleh menikmati keenakan Perancis tanpa perlu berleceh!
Laman Web: https://www.saybons.com
Facebook: https://www.facebook.com/Saybonsmy/
Instagram: https://www.instagram.com/saybonsmy/

#saybonsmy #myvillagegrocer #bensindependentgrocer #BSCFineFoods


Kandungan ini disediakan oleh Saybons Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.