Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

KVClean tawar peluang memenangi perkhidmatan pembersihan rumah selama 1 tahun

KVClean, sebuah jenama perkhidmatan pembersihan dari KOPETRO Ventures Sdn. Bhd., anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, menawarkan hadiah perkhidmatan pembersihan selama 1 tahun bagi pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan perkhidmatan bermula 15 Julai 2021 sehingga 16 September 2021. Promosi yang dilancarkan bagi suku ketiga tahun ini menawarkan pakej pembersihan kediaman serendah RM55 bagi 2 jam pertama dengan penjimatan hampir 30%.

Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman kian meningkat sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Hal ini diperakui Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah, yang memberitahu bahawa mereka banyak menerima tempahan untuk servis sanitasi namun disebabkan negara masih lagi berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakkan, maka servis sanitasi tidak dapat dijalankan.

Menurut beliau promosi “tempah sekarang, servis kemudian” dari KVClean ini disasarkan buat penduduk-penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang rata-rata terkesan akibat peningkatan kes harian yang sangat serius. Meskipun berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun jumlah kes yang terus meningkat setiap hari amat merunsingkan. 

“Memandangkan sepanjang PKP ini ramai yang meluangkan lebih masa di rumah, kebersihan persekitaran rumah mestilah dititikberatkan demi menyediakan persekitaran yang selamat dan harmoni, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja dari rumah, persekitaran yang positif dapat menjadikan diri lebih produktif dalam menjalankan tugas.”

Ahmad Shakir menggalakkan orang ramai, lebih-lebih lagi mereka yang menjadikan rumah kediaman sebagai pusat kuarantin kendiri untuk mengambil peluang mendapatkan pakej sanitasi dari KVClean yang berharga RM159, harga termurah dalam pasaran masa kini.

Selain tawaran hebat pakej pembersihan dan sanitasi, KOPETRO turut menawarkan pakej penyelenggaraan pendingin hawa dengan harga serendah RM99 seunit, tertakluk terma dan syarat.

Buat tempahan segera bagi perkhidmatan pembersihan dan sanitasi dari KVClean melalui aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788. Untuk butiran lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan dari KVClean, ikuti laman media sosial berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/kvcleancleaningservice

Instagram: https://www.instagram.com/kvclean_cleaning


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.