UEM Sunrise menghulurkan sumbangan bekalan makanan kepada penduduk Kampung Segambut Dalam
UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”) telah menyumbang dan mengagihkan bekalan makanan kepada 250 buah keluarga yang menetap di Kampung Segambut Dalam, salah satu Kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ini merupakan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) prihatin Syarikat yang terkini dalam usaha memberi bantuan kepada golongan dan komuniti yang terjejas oleh pandemik Covid-19. Kampung Segambut Dalam juga terletak berhampiran dengan beberapa projek pembangunan UEM Sunrise seperti Residensi Sefina, Allevia Mont’Kiara dan Kiara Kasih.
Oleh kerana penduduk Kampung Segambut Dalam tidak dibenarkan keluar atau masuk ekoran perlaksanaan PKPD di Kawasan tersebut, wakil-wakil daripada UEM Sunrise yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Sufian Abdullah serta Ahli Parlimen Segambut, YB Hannah Yeoh serta Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama-sama menempatkan bekalan makanan di Bilik Gerakan PKPD Kampung Segambut Dalam untuk proses pengagihan. Mereka juga telah mengagihkan bekalan yang sama kepada 250 keluarga di Kampung Masjid Segambut yang terletak di luar kawasan PKPD.
“Saya amat bersimpati dengan penduduk Kampung Segambut Dalam yang telah terjejas oleh perlaksanaan PKPD ini. Amatlah penting untuk kami terus memberikan sokongan kepada komuniti setempat dan saya berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Sebagai entiti korporat, kami akan terus membantu komuniti yang terjejas termasuk petugas barisan hadapan dalam tempoh yang sukar ini selaras dengan nilai-nilai teras C.H.I.E.F. kami,” kata Sufian.
Yeoh juga turut memuji UEM Sunrise dengan bantuan yang diberikan dalam usaha memastikan komuniti tersebut tidak diabaikan. “Amatlah penting bagi kita untuk mencari jalan bagi memastikan komuniti yang terjejas ini terus mempunyai bekalan asas untuk kelangsungan hidup mereka dalam tempoh PKPD ini. Saya terharu bahawa UEM Sunrise serta syarikat-syarikat lain dan para NGO telah mengambil inisiatif bagi memastikan komuniti yang memerlukan tidak diabaikan dalam tempoh yang amat mencabar ini,” kata beliau.
Pada 25 Jun, Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan penguatkuasaan PKPD bagi dua Kawasan di Kuala Lumpur termasuk Kampung Segambut Dalam dari 26 Jun sehingga 9 Julai.
Sebelum ini, UEM Sunrise telah melaksanakan dua program sempena bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang melibatkan pengagihan barang-barang keperluan kepada komuniti Orang Asli Kampung Simpang Arang di Gelang Patah, Johor pada bulan April dan sumbangan wang tunai kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Nur Kasih Bestari di Kajang, Selangor pada bulan Mei yang lalu.
Pada tahun lepas, UEM Sunrise juga telah menyumbang kepada Malaysian Relief Agency dan Persatuan Bulan Sabit Merah Johor serta Hospital Kuala Lumpur untuk pembelian peralatan perlindungan diri (PPE), pelitup muka, peralatan perubatan dan sebuah alat bantuan pernafasan. Pada masa yang sama, barangan runcit telah diagihkan kepada 300 buah keluarga di Johor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Pejabat Daerah Johor Bahru.
Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai