Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

KOPETRO anjur ibadah korban untuk semua

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum umat Islam bakal menyambut Hari Aidiladha. Perayaan yang disambut setiap tahun pada bulan Zulhijjah, bulan kesebelas dalam kalendar hijrah turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Bersempena dengan perayaan tersebut, umat Islam melaksanakan ibadah haji di Mekah selain melakukan korban bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail A.S. sebagai tanda taat kepada perintah Allah SWT. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah As-Saffat, ayat ke -102:

Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab, Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.”

Rentetan dari peristiwa itu, saban tahun ketika merayakan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam akan menyembelih haiwan - haiwan berkaki empat serta jinak seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Tarikh-tarikh tersebut juga dikenali sebagai Hari Tasyrik iaitu hari yang diharamkan untuk berpuasa bagi umat Islam. Daging sembelihan korban akan diagihkan kepada golongan yang berhak seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Ciri-ciri umur haiwan yang sah untuk disembelih bagi ibadah korban adalah dua tahun ke atas bagi lembu, kambing, dan kerbau, manakala satu tahun ke atas bagi biri - biri dan lima tahun ke atas bagi unta. Bagaimanapun, bagi haiwan kecil seperti kambing, biri - biri dan kibas, seekor haiwan tersebut hanya boleh dikorbankan untuk seorang sahaja, manakala unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi sehingga 7 orang walaupun berlainan niat.

Sejak dunia dilanda wabak Covid-19, banyak aktiviti kehidupan yang tergendala dan hal ini tidak terkecuali bagi aktiviti ibadah dan sambutan hari perayaan. Masyarakat dunia mula mengubah tatacara hidup dengan menyesuaikan diri mengikut gaya hidup norma baharu.

Tahun lalu menyaksikan bagaimana umat Islam di Malaysia terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan serba sederhana dan malah ramai yang berniat untuk mengerjakan ibadah korban tidak dapat melaksanakannya kerana terpaksa mematuhi prosedur operasi standard Covid-19 serta kebatasan dalam mendapatkan kuota sembelihan bagi setiap kawasan penduduk yang dikawal.

Menyedari kekangan ini, ramai umat Islam yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan perkhidmatan mengerjakan ibadah korban di luar negara daripada syarikat-syarikat tempatan. Biarpun tidak dapat melihat sendiri ibadah ini dilaksanakan secara langsung, namun dengan kewujudan perkhidmatan seperti ini niat menunaikan ibadah korban masih dapat dilaksanakan.

KOPETRO Travel & Tours, sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) merupakan sebuah syarikat pelancongan yang mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam industri pelancongan tempatan dan antarabangsa. KOPETRO Travel & Tour menawarkan pakej ‘Qurban di Mekah’ berharga serendah RM500 bagi perkhidmatan menyembelih, melapah dan mengagihkan daging korban kepada golongan yang memerlukan di Mekah. Pelanggan yang mengerjakan ibadah korban melalui KOPETRO Travel & Tours akan menerima sijil penyertaan beserta video rakaman ibadah korban yang dijalankan.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut dalam suasana serba sederhana kerana negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan pada 20 Julai 2021 nanti, KOPETRO Travel & Tours masih membuka peluang kepada masyarakat Islam di Malaysia yang berminat untuk mengerjakan ibadah korban dengan potongan harga asal sebanyak RM50 kepada pelanggan sehingga 2 Julai 2021 nanti. Bagi mereka yang berminat untuk mengerjakan ibadah korban atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan daripada KOPETRO Travel & Tours hubungi nombor hotline 012-908 1986, atau ikuti akaun media sosial milik KOPETRO Travel & Tours di link Facebook dan Instagram berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/kopetrotravel

Instagram: https://www.instagram.com/kopetrotravel/?hl=en 


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.