Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

UEM Sunrise meraikan kemuliaan bulan Ramadan dan kemeriahan Aidilfitri dengan membantu komuniti setempat

Bersempena kemuliaan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri, UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) untuk berkongsi keceriaan dan kegembiraan dengan memberikan sumbangan kepada komuniti di sekitar projek pembangunannya.

UEM Sunrise menganjurkan dua program untuk meraikan kemuliaan bulan Ramadan dan bersempena perayaan Aidilfitri yang melibatkan pengagihan barang-barang keperluan kepada komuniti Orang Asal di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor pada bulan April dan sumbangan wang tunai kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Nur Kasih Bestari di Kajang, Selangor pada bulan Mei yang lalu.

Di Johor, UEM Sunrise berkongsi keberkatan Ramadan bersama-sama komuniti Orang Asal di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah yang juga melibatkan para sukarelawan untuk menyusun, membungkus dan mengagihkan barang-barang keperluan termasuk beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain. Program ini bertujuan untuk memastikan bahawa golongan yang memerlukan dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa meskipun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Pada bulan berikutnya, UEM Sunrise mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat secara maya iaitu melalui sumbangan wang tunai kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Nur Kasih Bestari di Kajang, Selangor serta pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang juga merupakan penghuni rumah tersebut. Bagi UEM Sunrise, amatlah penting bagi kanak-kanak di rumah anak yatim ini untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh bermakna dan selamat walaupun masih berada dalam keadaan PKP.

“Walaupun ketika negara masih di bawah PKP, program-program CSR kami tetap diteruskan dengan para sukarelawan yang komited dan bertekad untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. Ianya selaras dengan nilai-nilai teras Syarikat kami iaitu C.H.I.E.F (singkatan untuk ‘Caring’, ‘Honest’, ‘Involved’, ‘Enthusiastic’, dan ‘Fun-loving’).

“Kami berpendapat bahawa ianya merupakan tanggungjawab sosial kami untuk menjaga komuniti setempat dengan berkongsi kemuliaan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri ini. Kami berharap dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya pada waktu yang sukar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

UEM Sunrise telah menganjurkan sebanyak empat program CSR sejak awal tahun ini, yang merangkumi pelancaran tabung amal untuk rumah kebajikan yang terjejas oleh wabak COVID-19 serta sumbangan bersempena sambutan Tahun Baru Cina kepada Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria di Johor.

UEM Sunrise menutup tirai tahun 2020 dengan sejumlah 13 program CSR yang terdiri daripada pelancaran program BukuhUb serta sumbangan alat-alat kelengkapan kepada barisan hadapan sebagai usaha menentang COVID-19 dan pengedaran bekalan makanan kepada para keluarga yang terjejas akibat lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.