Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

‘Memori Eidulfitri’ dari Monsta kini di tempat pertama sebagai iklan Raya tahun 2021 di saluran YouTube

Kejutan besar untuk para penonton dan peminat studio animasi tempatan Monsta apabila Iklan Raya Monsta 2021: ‘Memori Eidulfitri’ yang dimuatnaik di beberapa saluran rasmi Monsta Youtube Channel pada 7 Mei lepas, berjaya mengumpul ‘organic views’ dengan jumlah tontonan tertinggi di YouTube, sekaligus menempatkan ia di tempat pertama dalam koleksi iklan raya tahun 2021.

Iklan raya ‘Memori Eidulfitri’ yang berdurasi selama 4 minit setengah tersebut memaparkan adegan generasi keluarga BoBoiBoy di pagi Syawal, dalam tiga rantaian masa yang berbeza.

Ia menceritakan perjalanan memori sewaktu Amato (Mechamato; ayah kepada BoBoiBoy) pada usia remaja, Amato yang sudah berumah tangga di usia dewasa bersama anaknya BoBoiBoy yang masih kecil, dan adegan BoBoiBoy di masa kini yang sudah pun meningkat remaja dan tinggal bersama atuknya.

Rata-rata para penonton sememangnya tersentuh dan merasa hiba melihat kenangan mesra BoBoiBoy bersama ayahnya Amato, dan turut merasa kepiluan BoBoiBoy yang merindui ibu bapanya setelah bertahun tidak bersua muka. “Iklan raya ini secara tidak langsung disifatkan sangat memberi kesan kepada para penonton yang sedang melalui situasi yang seakan sama di dalam musim pandemik yang kini menyukarkan lagi pertemuan sesama ahli keluarga dan sanak saudara tersayang,” kata Ketua Jenama & Pemasaran Antarabangsa, Monsta, Faiz Zainal Aabidin.

Di laman media sosial Twitter, tanda palang #MemoriEidulfitri dan #BoBoiBoy berjaya memasuki bahan ‘trending’ di Malaysia dan Indonesia, sejam setengah selepas keluaran rasmi video tersebut. Sehingga kini, iklan raya ‘Memori Eidulfitri’ tersebut sudah mencapai 1.9 ribu perkongsian di Facebook rasmi BoBoiBoy.

Iklan raya ini juga telah mendapat liputan meluas daripada kumpulan media tempatan seperti Bernama, MalaysiaKini, Harian Metro, Astro Awani, Siakap Keli dan banyak lagi. Ia turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV3 dan Astro Ceria, serta disiarkan di stesen televisyen Indonesia RTV sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Kelainan yang dibawakan oleh Monsta pada iklan raya tahun ini amat mengujakan para peminat apabila mereka disajikan dengan kemunculan dua watak wanita utama yang baru iaitu Umi; nenek kepada BoBoiBoy dan juga seorang wanita misteri berjubah biru yang diberitahu adalah ibu kepada BoBoiBoy.

Menerusi adegan nostalgia dalam iklan raya ‘Memori Eidulfitri’ ini, para penonton juga dapat mengenali dengan lebih dekat watak Amato dan sebuah robot Power Sphera milik beliau bernama MechaBot. Animasi adiwira terbaru ini bakal menemui penonton dalam siri animasi dan filem tersulung Mechamato, tidak lama lagi.

Iklan raya tahun ini secara tidak langsung merupakan hadiah istimewa daripada Monsta buat para peminat setia mereka yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti kepada siri animasi tempatan BoBoiBoy dan Mechamato.

 

Iklan Raya Monsta 2021 : Memori Eidulfitri

  1. Monsta Youtube Channel : https://www.youtube.com/watch?v=rM3jf3-5LVE&t=232s

  2. Facebook BoBoiBoy : https://fb.watch/5pUu_jD4Ka/


Kandungan ini disediakan oleh Animonsta Studios Sdn. Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.