Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Lazada membawa peniaga bazar Ramadan ke dalam talian dan menyediakan penghantaran hari sama bagi juadah buka puasa

Rakyat Malaysia dan para peniaga bazar dapat menarik nafas lega pada musim puasa ini kerana Lazada sedia menganjurkan pesta makanan dalam talian, ‘Lazat Bazaar’, sepanjang bulan Ramadan untuk membantu memberangsangkan perniagaan penjaja-penjaja kecil dan membolehkan masyarakat tempatan berbuka puasa dengan juadah dari gerai kegemaran mereka. Lazada juga akan menyediakan khidmat penghantaran hari sama bagi pesanan makanan yang dimasak dan disediakan terus dari pasar di kawasan tertentu di Lembah Klang.

"Ramai peniaga bazar yang mencari rezeki pada bulan Ramadan untuk menyara hidup mula bimbang tentang kehilangan jualan ekoran pandemik semasa. Menerusi ‘Lazat Bazaar’ ini, kami ingin meringankan beban para penjual dengan membawa perniagaan mereka ke dalam talian dan menyokong mereka menerusi pendedahan di platform eDagang kami. Inisiatif ini bukan sahaja akan menjamin kesinambungan, tetapi juga membantu perniagaan mereka berkembang maju pada tahun ini,” kata Susan Too, Ketua Traffik, Lazada Malaysia.

Lazada akan menyokong peniaga bazar Ramadan tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dengan menawarkan penghantaran hari sama menerusi rangkaian logistiknya yang meluas. Dari 13 April hingga 13 Mei, semua pesanan makanan panas dan produk bakeri segar yang dibuat di bazar dalam talian tersebut sebelum 4.00 petang akan dihantar pada hari yang sama pada 7.00 malam*. Hidangan panas dan produk bakeri segar yang dipesan selepas 4 petang akan disediakan dan dihantar pada keesokan harinya*.

"Kami telah membawa ramai peniaga bazar di Subang Jaya, Shah Alam, dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ke platform digital kami dan memberi sokongan kemudahan logistik yang lancar untuk menghantar juadah berbuka puasa dalam masa hanya beberapa jam,” kata Olivier Petra, Ketua Pegawai Logistik, Lazada Malaysia.

Martabak, lemang, rendang, laksa, roti john, nasi kerabu, dan kuih-muih adalah antara makanan yang boleh dipesan daripada peniaga Ramadan di ‘Lazat Bazaar’. Pengguna Lazada boleh memesan hidangan panas dan produk bakeri segar ini jika berada dalam kawasan liputan peniaga tersebut, berasaskan poskod yang dipaparkan di laman bazar dan juga tertera di bawah*:

  • Shah Alam: 40000, 40100, 40170, 40200, 40150, 40300

  • Subang Jaya: 47600, 47500, 47601, 47610, 47620, 47630, 47640, 47650

  • TTDI: 60000, 52200, 47820, 47800, 47400, 47300, 50603, 50480, 50490, 59200, 59100, 59000

Rakyat Malaysia boleh mengunjungi laman tersebut dengan mudah dengan menaip kata kunci “Lazat Bazaar” atau klik pada ikon “Food & Beverage” (Makanan & Minuman) di laman utama dalam aplikasi Lazada, dan juga menerusi pautan ini di: http://lzd.co/LazadaMalaysia. Selain daripada pelbagai makanan cita rasa tempatan asli, pembeli dalam talian juga boleh menikmati potongan harga sehingga 50% dan tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk ramuan segar, barangan runcit, dan baucar diskaun di Lazat Bazaar.

Di samping usaha berterusan untuk membantu peniaga kecil tempatan, Lazada juga telah melancarkan pakej rangsangan Pintar Niaga sejak bulan Mac sebagai lanjutan kepada Pakej Kedai Pintar 2.0 yang dilancarkan awal tahun ini. Pakej rangsangan Pintar Niaga menawarkan yuran 0% untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sambil memudahkan penjual mendapatkan latihan menyeluruh di Lazada University, kemudahan inovatif ‘Seller Centre’ (Pusat Penjual), kredit iklan RM300 secara percuma, slot pendedahan percuma, insentif baucar Penghantaran Percuma, sokongan khas 90 hari, dan banyak lagi.

“Kepada semua peniaga-peniaga kecil and penjaja bazar Ramadan yang menghadapi masalah untuk menjamin kesinambungan perniagaan mereka dalam bulan Ramadan ini, kami bersedia untuk menyokong dan membantu anda. Menerusi pakej rangsangan lanjutan kami, Pintar Niaga, PKS akan dapat memastikan perniagaan mereka bersedia untuk menghadapi masa hadapan dengan menyertai Lazada tanpa kos penubuhan. Kami komited untuk menyokong komuniti PKS tempatan dengan meruntuhkan segala halangan usahawan tempatan daripada menyertai dunia digital,” kata Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.

Pada tahun lepas, PKS tempatan di platform eDagang terkemuka ini telah menggandakan jualan mereka dengan pakej rangsangan dan sokongan yang diberikan oleh Lazada. Mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai penjual baharu boleh mendaftar menerusi pautan ini: http://lzd.co/SellOnLazadaMY

*Tertakluk kepada Terma & Syarat


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.