Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

TVET Expo & Summit 2021 (TES2021)

1 April 2021

KUALA LUMPUR

Buat julung kalinya di Malaysia, ekspo dan sidang kemuncak pendidikan TVET Expo & Summit 2021 (TES2021) bakal diadakan secara hibrid; maya dan fizikal pada Rabu, 7 April 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Acara yang bertemakan Pendidikan Digital: The New Future ini dijangka melibatkan kehadiran 5000 peserta dari kalangan lepasan SPM dan lebih 50 institusi pendidikan.

Dalam mempromosikan pembelajaran digital dan kesedaran pendidikan TVET di Malaysia, pelajar lepasan SPM dan ibu bapa berpeluang untuk meneroka kepelbagaian pilihan kursus oleh institusi TVET sebagai laluan karier pilihan secara atas talian. Dalam pada masa yang sama, institusi TVET dapat mempromosikan kursus yang ditawarkan kepada pelajar dan menggalakkan pendaftaran melalui perbualan atas talian dan meluaskan rangkaian.

Seramai 16 penceramah Malaysia dan antarabangsa memenuhi jadual acara dari jam 8.00 pagi hingga ke 6.00 petang.

Acara bakal dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan dan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin dijadualkan untuk memberi salam penutup. Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr Noraini Ahmad turut memberi ucapan aluan di expo dan summit yang dibawa khas dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Orang ramai yang berminat untuk menghadiri ekspo dan sidang kemuncak pendidikan ini boleh mendaftar di laman web rasmi www.tes2021.com.

TES 2021 dijayakan oleh Ruang Cikgu Berhad dengan UTHM Education & Training Sdn Bhd sebagai penganjur bersama. Disokong oleh rakan utama Parlimen Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Institusi Kemahiran Belia Negara. Rakan strategik; Jabatan Pembangunan Kemahiran, Persatuan Personnel Latihan JPK, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Yayasan Sime Darby, Fusionex, PMB Tijari dan Institusi Dato’ Onn. Rakan institusi; Giat Mara Malaysia, Berjaya TVET College, Asfatech, Raffles Institute, Amalya Amanda Beauty & Spa Academy, Breyer Group of College, Manfred Auto Academy, HD KT Skill, Ethos Academy, Kolej Kemahiran BERLIAN, Innovacia, ADTEC Jerantut, ASWARA, Kolej Vokasional Kluang, CIAST, Sri Urkeed dan Oxford Thames Academy.

RC TVET

Platform pembelajaran atas talian Ruang Cikgu hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Learning Management System (LMS) untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dinamakan RC TVET. Dengan cabaran pembelajaran secara digital, platform ini dilancarkan bertujuan untuk membantu mempermudahkan pelajar TVET di seluruh negara mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi atas talian agar lebih tersusun dan teratur melalui platform tunggal yang lancar.

Pelancaran ini sejajar dengan rangka Tindakan Ekonomi Digital Nasional, MyDigital yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana kerajaan ingin menjadikan pendidikan lebih mudah diakses oleh lebih ramai pelajar di seluruh negara. Dengan matlamat untuk mensasar 500,000 pekerjaan baru melalui rangka Tindakan Ekonomi, ekonomi digital sekaligus menyumbang kepada 22.6% KDNK Malaysia menjelang 2025. Terdapat keperluan untuk lebih banyak lagi tenaga mahir yang dilengkapi teknikal untuk menuju era digital Malaysia. RC TVET bertujuan untuk menyediakan kaedah untuk mencapai matlamat ini melalui platform semua-dalam-satu. Dalam menghadapi norma baharu, ia tertumpu kepada usaha penyusunan semula metodologi dalam penyampaian pembelajaran bagi kedua-dua institusi kemahiran awam dan swasta (ILKA/ILKS). RC TVET berupaya melaksanakan potensi ini melalui kerjasama erat dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia.

“Kami gembira dapat melancarkan RC TVET, penyelesaian yang telah kami usahakan dengan teliti sejak menyedari jurang dalam sistem TVET semasa. COVID-19 telah memberi komplikasi sistem pembelajaran dan kami mendapati bahawa sudah tiba waktunya untuk memperkenalkan solusi yang akan membantu ratusan ribu pelajar di seluruh negara bersama tenaga pengajar yang telah berjuang menyampaikan pengajaran mereka. Melalui kepakaran ‘in house’ pakar IT anak tempatan, platform siap pakai kami berjaya dibina untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk sepenuhnya mendigitalkan bahagian teori TVET untuk pelajar. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Majlis TVET Nasional (MTVET) yang baru dilancarkan untuk memanfaatkan RC TVET demi kepentingan pelajar dan pendidik TVET dalam memaksimumkan potensi bakat digital Malaysia,” kata Ketua Pegawai Ekeskutif Ruang Cikgu, Latt Omar Shariman.

Tenaga pengajar TVET juga mendapat banyak manfaat kerana RC TVET dilengkapi dengan ciri-ciri untuk memastikan guru TVET dapat menyampaikan pembelajaran dengan lebih efisien walaupun ketika keadaan runcing akibat pandemik. Antara salah satu batasan pembelajaran atas talian melalui platform yang tersedia seperti Google Hangouts atau Zoom adalah apabila ia memerlukan kelas secara langsung dengan kekangan internet pada waktu tertentu.

Ini menyukarkan pelajar dan guru kerana masih banyak isi rumah di Malaysia masih menghadapi masalah penggunaan internet yang terhad.

Penyelesaian yang ditawarkan oleh RC TVET adalah rakaman kelas, menjadikan kandungan dipilih mengikut permintaan dan tersedia untuk difahami oleh pelajar secara fleksibel. Antara isu lain ialah kurangnya penyertaan dan ketidakhadiran pelajar – masalah utama yang perlu ditangani untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi peperiksaan mereka. Ini diselesaikan melalui sistem Pengesahan Kehadiran Pelajar RC TVET di mana soalan berdasarkan masa diajukan pada selang masa tertentu untuk memastikan pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam setiap pelajaran.

RC TVET menyediakan semua ciri ini dan lebih banyak lagi di papan pemuka mesra pengguna untuk pendidik dan pelajar TVET. Matlamat utama adalah untuk membantu kemajuan kemahiran digital Malaysia pada tahun mendatang, kerana institusi TVET menjadi semakin penting dalam memperkembangkan tenaga pekerja berkemahiran tinggi dan mahir digital. Dalam usaha meningkatkan pengalaman belajar untuk semua pendidik dan pelajar TVET, Ruang Cikgu menawarkan platform RC TVET secara percuma sehingga setahun kepada semua institusi TVET yang diiktiraf di Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana RC TVET memudahkan cara pembelajaran digital untuk rakyat Malaysia pada hari ini dan masa hadapan melalui kursus TVET di www.rctvet.com.

“Follow” di Instagram: @tes2021malaysia

“Like” Facebook TVET Expo & Summit 2021 – TES 2021