Monsta membawakan tema ‘Beyond’ sempena ulang tahun ke – 10 BoBoiBoy!
Tahun ini genap 10 tahun BoBoiBoy dikaca TV sejak kali pertama diperkenalkan pada 13 Mac 2011. Sambutan yang bertemakan ‘BoBoiBoy Beyond’, Monsta mengajak seluruh peminat BoBoiBoy di Malaysia meraikannya bersama-sama dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun.
Sambutan dimulakan dengan tayangan semula episod 1 dari musim pertama siri BoBoiBoy dengan 5 minit adegan baru yang memaparkan pertalian antara BoBoiBoy dan ayahnya, Amato. Episode khas yang berdurasi selama 30 minit itu telah dimuatnaik di Monsta Youtube Channel pada 14 Mac semalam dan sudah pun mencecah 3 juta tontonan dalam masa 24 jam dan hampir 2 ribu kongsian di laman Facebook rasmi BoBoiBoy.
“Sambutan ulang tahun BoBoiBoy yang ke-10 ini bakal diraikan sepanjang tahun 2021. Episod khas BoBoiBoy Extended Version Episod 1, Musim 1 ini hanyalah permulaan dari kami sebagai hadiah kepada para peminat setia BoBoiBoy dan Monsta,” kata Nizam Abd Razak, CEO Monsta di laman Facebook rasminya tempoh hari.
Episod khas tersebut telah menjadi bahan ‘trending’ di laman media sosial Twitter di Malaysia dan Indonesia dengan hashtag #BoBoiBoyBeyond10. Reaksi positif dan teruja para penonton telah membanjiri ruangan komentar media sosial BoBoiBoy setelah selama 10 tahun penantian para peminat untuk melihat interaksi generasi adiwira-adiwira tempatan ini.
Episod khas ‘Extended Version’ ini bakal ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV3 dan stesen televisyen Indonesia RTV pada cuti sekolah bulan Mac 2021. Ia diikuti dengan tayangan khas klip pendek edisi raya bersempena dengan perayaan Aidilfitri pada bulan Mei nanti. Tidak ketinggalan, filem BoBoiBoy Movie 3 kini dalam proses pembikinan awal dan dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada tahun 2022.
Tanggal 13 Mac juga merupakan tanggal harijadi kepada adiwira tempatan BoBoiBoy. Sabtu lalu, harijadi adiwira BoBoiBoy telah diraikan dengan meriah oleh para peminat dan penonton dari serata dunia. Dengan penggunaan hashtag #HappyBoBoiBoyDay, ratusan hasil seni dan rakaman video oleh peminat-peminat telah dimuatnaik di ruangan media sosial. Kemeriahannya tidak terhenti disitu sahaja. Pelbagai program, acara menarik dan barangan keluaran terbaru telah diaturkan oleh pihak Monsta bagi meraikan tahun terbesar buat siri BoBoiBoy ini bersama para peminat dan penonton seisi keluarga.
BoBoiBoy dilihat bukan hanya sekadar hiburan animasi semata-mata. Sejak sedekad lalu, BoBoiBoy membawakan mesej murni yang boleh diteladani oleh anak muda. Ini menjadikan karakter BoBoiBoy lebih dekat dihati rakyat Malaysia dan sebagai simbol ‘role-model’ di kalangan kanak-kanak. Bermula di kaca TV Malaysia, BoBoiBoy kini berjaya menembusi lebih 70 buah negara di seluruh dunia antaranya Korea, China, Turkey dan Amerika Syarikat.
“BoBoiBoy ialah seorang yang mampu membuat saya senang di masa yang sulit ini. kerana BoBoiBoy juga, saya boleh jumpa kawan baru dari berbagai negara.”
“BoBoiBoy is my motivation, inspiration for my creativity and also my comfort.”
“BoBoiBoy is the one who told me to stop and smell the roses, even in the face of adversity. The one who showed me to just take it easy, for it'll be a guarantee that you'll do so great.”
“BoBoiBoy is a great show, a part of me, the reason I live, my everything, the one that can make me smile when I'm having hard times. Even though he's just a fictional character, he feels like a real person to me, without BoBoiBoy I might not be the same person as I am now.”
“BoBoiBoy is my lifesaver. No matter how hard it gets for me to get out of bed at times, it gets a little easier knowing that I have something as lighthearted, fun, and pure as this show to comfort me throughout life.”
“There are a thousand of words to describe, and definitely BoBoiBoy is not just a kid's show. I can't really say everything one by one, and that this show is too wholesome so begin with. Let me just say, "Thank you for existing in our life."
“BoBoiBoy is a way to bond with my sons and my inner child.”
“BoBoiBoy showed me the true potential SEA has and that we ARE just as amazing as other regions. I‘m very proud and BoBoiBoy always makes the fire in me burn bright in love and determination because I truly believe in the show and its creators.”
“BoBoiBoy is my best friend.“
Pencapaian ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dorongan dari seluruh rakyat Malaysia dan penonton dari serata dunia. Walaupun ramai para penonton dan peminat bakal mengenang perjalanan BoBoiBoy selama sedekad ini dengan penuh perasaan nostalgia, Monsta memberikan kepastian bawah sambutan 10 tahun bersama BoBoiBoy tidak akan terhenti di sini. Monsta mengetengahkan hashtag #BoBoiBoyBeyond10 sebagai kata kunci untuk ulang tahun ini, dengan harapan siri animasi BoBoiBoy akan terus mencipta nama selepas sedekad sudah bertapak di dalam industri animasi tempatan.
Kandungan ini disediakan oleh Animonsta Studios Sdn. Bhd.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai