Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kumpulan Syarikat Suria KLCC menyumbangkan barangan makanan kepada petugas barisan hadapan memerangi Covid-19

Barangan makanan bernilai lebih daripada RM30,000 telah disumbangkan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC kepada petugas barisan hadapan perubatan hospital di Lembah Klang.

Ini merupakan sumbangan kali ketiga oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC untuk petugas barisan hadapan di hospital awam agar dapat membantu memudahkan keperluan harian mereka. Pemilihan jenis makanan dan minuman juga dititik beratkan supaya bersesuaian dalam kekangan tugas memerangi Covid-19.

“Kami memahami kesulitan yang dihadapi para petugas di hospital dengan waktu rehat yang singkat, kekurangan ruang khas untuk menikmati juadah makanan sempurna dan terutamanya kesulitan untuk menanggalkan setiap lapisan PPE ketika hendak menjamu selera serta terpaksa mengenakannya semula selepas itu. Sumbangan kami ini diharap dapat membantu mengurangkan

bebanan yang terpaksa mereka pikul,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

“Kami menyanjungi semangat sedia berkhidmat yang mereka tonjolkan dan diharapkan sumbangan ini akan memberi makna,” tambah beliau, ketika pusat membeli belah itu manyampaikan sumbangan merupakan pelbagai kudapan minum pertang dan minuman kepada Hospital Sungai Buloh pada 3 Mac 2021.

Makanan yang disumbangkan merupakan kopi, Milo dan teh dalam peket dan pelbagai biskut serta mi segera yang bernilai RM15,000 untuk kemudahan 3,500 petugas barisan hadapan perubatan (doktor, jururawat dan kakitangan sokongan) Hospital Sungai Buloh, salah sebuah hospital yang paling sibuk dalam menangani Covid-19.

“Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam sama-sama membantu Hospital Sungai Buloh, di mana, barangan ini merupakan barangan yang sangat diperlukan oleh petugas perubatan. Barangan ini mudah dinikmati dan boleh disimpan dengan selamat tanpa perlu didinginkan. Oleh itu, barangan tersebut adalah selamat dan mudah disimpan serta disediakan,” tambah Brien lagi.

Sumbangan daripada Suria KLCC disampaikan oleh Ben Chong, Pengurus Besar pusat membeli belah tersebut kepada Dr. Kuldip Kaur, Pengarah Hospital Sungai Buloh.

“Kami sangat menghargai niat murni pihak Suria KLCC yang tidak melupakan kami ketika waktu sukar ini. Sumbangan ini sangat bermakna bagi kami tatkala saya juga memahami kesulitan yang dihadapi oleh setiap orang di luar sana,” kata Dr. Kuldip Kaur.

Pusat Membeli Belah Alamanda
Pada 11 Februari tahun ini juga, pusat membeli belah Alamanda, diwakili Pengurus Besar mereka, Ameer Thajudeen, telah menyumbangkan barangan makanan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya yang diwakili Pengarahnya, Datuk Dr. Nora’i Mohd Said, sebagai menghargai dedikasi dan pengorbanan para petugas di hospital tersebut. Ini merupakan kali kedua Alamanda menyumbangkan barangan makanan kepada Hospital Putrajaya. Tahun lalu, Alamanda menyumbangkan barangan makanan bernilai RM10,000 kepada hospital yang sama.

“Bagi pihak rakan setugas, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Alamanda atas sumbangan ini. Pusat membeli belah yang juga terletak di Putrajaya ini telah membuktikan reputasi mereka sebagai sebuah pusat membeli belah yang prihatin terhadap masyarakat tempatan melalui sumbangan ini,” kata Dr. Nora’i.

Brien menambah bahawa Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa berpegang kepada tema yang telah dilancarkan tahun lalu, ‘We Are With You’ atau ‘Kami Bersama Anda’ dimana Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa berusaha menyokong petugas barisan hadapan negara yang berdedikasi. Walaupun dengan adanya vaksin, menangani pendemik ini dijangka akan berterusan sehingga satu waktu yang lama. Oleh itu, kami ingin menzahirkan keyakinan kami terhadap komitmen petugas barisan hadapan yang berusaha keras demi negara dan sumbangan kami hanyalah sebagai tanda yang kami mengenang jasa setiap daripada mereka.


Kandungan ini disediakan oleh Suria KLCC Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.