Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kekal selamat dan bergaya dengan pelitup muka Durio: Durio melancarkan pelbagai warna pelitup muka pembedahan 4 lapisan

Wabak COVID-19 kini sudah lebih dari satu tahun. Pelitup muka telah menjadi keperluan asas bagi setiap orang dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, pemilihan pelitup muka yang berkualiti sangat penting dan menjadi kunci utama dalam penjegahan penyebaran wabak COVID-19 ini.

Durio PPE Sdn Bhd merupakan pengeluar terbesar pelitup muka dan kain melt-blown ( lapisan tengah pelitup muka) di Malaysia. Pihak Durio bersedia untuk menyediakan pelitup muka yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan bagi rakyat Malaysia semasa wabak COVID-19 ini sedang berlaku. Pihak Durio juga menjadikan beberapa aspek seperti perlindungan, keselesaan, mudah untuk bernafas, mesra kulit dan estetik sebagai pertimbangan utama bagi menghasilkan pelitup muka yang boleh melindungi serta mempunyai reka bentuk yang bergaya.

Durio akan melancarkan siri baharu iaitu 545 Pelitup Muka Pembedahan Empat Lapisan Warna Solid Trendish yang bertemakan “ Warna Hidupmu “ untuk menjadikan pelitup muka yang sangat diperlukan oleh masyarakat kini lebih selamat dan bergaya. Antara empat warna yang akan dilancarkan adalah warna hitam, biru denim, merah maroon dan ungu gelap serta terdapat warna-warna yang lebih menarik akan datang. Pelitup muka yang baharu akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac dan boleh didapati di kedai rasmi dalam talian kami iaitu di Shopee dengan harga RM33.90.

Pembuatan Pelitup Muka yang lebih berkualiti
Sebagai jenama yang bertegas dalam mematuhi kualiti dan ketepatan menjadi terasnya, Durio telah melabur peralatan bagi memastikan penggunaan teknologi yang paling maju dengan mencapai keseimbangan sains, bahan dan fesyen. Pelitup muka Durio dibuat dengan teliti dan taraf teknikal yang paling ketat menggunakan kualiti yang tinggi, mesra dan selamat untuk kulit serta gabungan dari aura fesyen.

Durio sangat komited terhadap kualiti pelitup muka. Oleh itu, Durio mengkhususkan kecekapan penapisan tinggi dan keselesaan aliran udara pada pelitup muka. Pelitup muka pembedahan Durio telah diperakui dengan kadar penapisan bakteria BFE 99% dan kadar penapisan zarah PFE 98% dengan rintangan aliran udara terendah. Kadar penapisan tertinggi dan kadar rintangan aliran udara terendah telah menjadikan Durio menonjol dari banyak pesaing di pasaran.

Terdapat pelitup muka di pasaran yang tidak memenuhi syarat asas pengeluaran dan keselamatan. Walau bagaimanapun, perlindungan tidak boleh diabaikan kerana setiap lapisan pelitup muka memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan perlindungan menyeluruh dan juga menjaga keselesaan pemakainya.

Di samping itu, kain bukan tenunan (non-woven fabric) kalis air di luar, kain lebur elektrostatik (electrostatic melt-blown) di tengah dan kain bukan tenunan penyerap (absorbent non-woven fabric) di lapisan dalam termasuklah gelung telinga serta jalur hidung, kesemuanya mempunyai keistimewaannya tersendiri. Bagi lapisan luar, ianya berfungsi untuk menahan cecair dan titisan air manakala lapisan tengah pelitup muka dapat menyerap virus, bakteria dan zarah-zarah. Seterusnya, lapisan dalam pelitup muka pula dapat menyerap kelembapan air liur dengan berkesan, mengurangkan geseran pada kulit, meningkatkan keselesaan pemakai dan mengurangkan gatal-gatal yang boleh meyebabkan pertumbuhan jerawat pada wajah pemakainya.

Gelung telinga elastik Durio ditarik ke dalam daripada mengimpal lapisan luar untuk mengurangkan jarak pada sisi di antara muka dan topeng bagi perlindungan yang maximum. Reka bentuk gelung telinga yang elastik dan rata mengurangkan ketegangan dan ketidakselesaan Kemudian, jalur hidung yang lebih Panjang akan memudahkan pemakainya menyesuaikan pelitup muka tersebut dengan bentuk muka mereka sendiri. Hal ini supaya pemakai pelitup muka Durio dapat bernafas dengan mudah dan berasa selesa sepanjang hari.

Peralatan yang canggih dan pengawalan kualiti yang ketat
Antara pengiktirafan yang diperoleh Durio PPE Sdn Bhd adalah sijil CE Eropah , Pendaftaran FDA AS (pentadbiran makanan dan dadah), sijil ISO 13485 : 2016 Sistem Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan, lesen penubuhan MDA dan sijil pendaftaran peranti perubatan serta dari Institut Piawaian dan Industri Malaysia. Selain itu, Produk pelitup muka Durio juga mencapai tahap perlindungan EN 14683 : 2019 Type IIR.

Seterusnya, bekerjasama dengan syarikat global dan menggunakan 100% kualiti terbaik polipropilena (polypropylene),malahan ditambah dengan 30 barisan pengeluaran pelitup muka automatik syarikat telah membolehkan Durio menghasilkan dua juta pelitup muka setiap hari. Setiap helai pelitup muka Durio dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal dan memenuhi taraf pensijilan ISO- 13485. Durio menonjol dengan empat unit barisan pengeluaran 1.6m canggih yang dapat mencapai 240 juta keping pengeluaran pelitup muka. Perkara yang penting adalah Durio juga menawarkan bahan peleburan (melt-blown) yang bermutu tinggi secara elektrostatik untuk kecekapan penapisan yang tahan lama dan membekalkan kain peleburan (melt-blown fabric) kepada pengeluar pelitup muka tempatan.

Apabila Durio meletakkan jaminan kualiti sebagai keutamaan, alatan untuk menguji kecekapan penapisan zarah dilaburkan bagi memastikan kecekapan penapisan yang boleh dipercayai dan kebolehtelapan udara pada pelitup muka. Alatan menguji penapisan zarah ini hanya terdapat di Durio serta Institut Keselamatan dan Pekerjaan Nasional (NIOSH) di Malaysia.

Pelitup Muka Sebati di dalam Kehidupan
Sehubungan dengan itu, Durio tidak hanya melancarkan pelitup muka pembedahan empat lapisan yang berwarna – warni malahan terdapat pelbagai pilihan pelitup muka di Durio. Antaranya ialah pelitup muka berwarna biru tiga lapisan, pelitup muka lima warna yang bergaya, pelitup muka bertemakan patriotik, pelitup muka kanak-kanak, pelitup muka bercorak batik empat lapisan dan juga pelitup muka berwarna kelabu karbon aktif. Harga bermula dari RM24.90 sehingga RM29.90 dan lebih banyak lagi reka bentuk pelitup muka yang baharu akan datang.Di samping itu, Durio juga menghasilkan pelitup muka tiga Dimensi (3D) iaitu KN95 bagi pejuang-pejuang negara dalam menghadapi wabak COVID-19 ini dan juga pelitup muka yang sesuai untuk para pelanggan.

Durio tidak hanya fokus pada perlindungan yang terbaik tetapi juga menekankan estetika dan reka bentuk pelitup muka. Oleh itu, Durio akan terus meneliti dan berinovasi demi melancarkan lebih banyak jenis pelitup muka supaya pengguna dapat perlindungan yang terbaik dan kekal bergaya dengan pelitup muka Durio.

Pelitup muka Durio dijual di kedai rasmi Durio di Shopee dan BIG Pharmacy physical stores, AMPM Pharmacy, Giant, Jaya Grocer supermarkets di Malaysia.

Durio PPE Sdn Bhd
16, Jalan Temenggong, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
+ 607-3311385, + 607-3311389, + 607-3311815
[email protected]
https://www.durioppe.com/
https://www.facebook.com/durioofficial
https://www.instagram.com/durioofficial/


Kandungan ini disediakan oleh Durio PPE Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.