Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Karnival Usahawan Desa secara dalam talian tahun 2020

KARNIVAL USAHAWAN DESA SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2020 (eKUD@KPLB 2020)

#eKUDPRIHATIN

  • Jualan Mega Karnival Usahawan Desa secara dalam talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB 2020) anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berlangsung mulai pada 4 hingga 6 Disember 2020 (Jumaat hingga Ahad).
  • Ini adalah merupakan kemuncak kepada program pemasaran produk usahawan desa yang sebelum ini telah bermula dengan Jualan Siber pada 11 dan 25 November 2020 di platform Desamall@KPLB.
  • Bersesuaian dengan hasrat KPLB bagi membantu memasarkan pelbagai produk berkualiti para usahawan luar bandar, eKUD@KPLB 2020 dengan tagline #eKUDPRIHATIN juga selari dengan inisiatif Kerajaan yang sentiasa prihatin dan peka kepada situasi semasa yang kini beralih ke arah pemasaran secara digital.


BOOTH DIGITAL

  • eKUD@KPLB 2020 menyaksikan penglibatan sebanyak lebih 300 buah virtual booth mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kategori seperti Pavilion, Agensi Kerajaan, Korporat dan booth eNiaga iaitu untuk para usahawan.
  • Booth berbentuk digital ini boleh dilawati oleh orang ramai untuk berinteraksi secara live dengan para usahawan serta pempamer lain bagi mendapatkan maklumat berhubung produk serta perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian secara online.
  • Antara kluster perniagaan yang akan mengambil bahagian adalah Makanan dan Minuman (F&B), Kesejahteraan seperti produk spa, kosmetik dan makanan tambahan serta Gaya Hidup meliputi produk seperti fesyen, aksesori dan kraftangan.


eDAGANG dan eKEDAI

  • Urusan jual beli berlaku melalui pelbagai platform eDagang yang disertai oleh para usahawan seperti Desamall@KPLB, Shopee, Lazada, PrestoMall, GrabMart, WOWSHOP, Youbeli.com, Vettons, Foodpanda, BuyMalaysia, JanaNiaga, AgroBazaar Online dan MyCraft Shoppe.
  • Pelbagai baucar diskaun hebat disediakan oleh platform-platform yang terlibat khusus untuk para pengunjung yang hendak mendapatkan pelbagai jenis produk keluaran tempatan.
  • Manakala untuk para usahawan yang masih belum menyertai mana-mana platform eDagang, urusan jual beli akan berlaku di akaun Facebook atau Instagram usahawan di mana kesemua capaian kepada akaun-akaun tersebut dikumpul dalam satu bentuk direktori dipanggil sebagai eKEDAI.


PADANAN PERNIAGAAN

  • Melalui kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sesi padanan perniagaan akan turut berlaku secara dalam talian sepanjang tempoh tiga hari eKUD@KPLB 2020 berlangsung.
  • Program ini membolehkan usahawan luar bandar bertemu dengan trade buyers dari dalam dan luar negara melalui platform digital eKUD@KPLB 2020. Antara pihak industri peruncitan yang terlibat adalah Petronas Dagangan Berhad, Tesco, TF Value-Mart dan Lulu Hypermarket. Manakala MATRADE melalui eSellers Sourcing Program (eSSP) menjemput platform Droppe, Blibli dan Bukalapak bagi pasaran Indonesia serta Figurative Japan untuk pasaran Jepun.
  • Sebanyak 145 pertemuan telah dijadualkan antara buyers dan usahawan bagi sesi padanan perniagaan kali ini.


PAMERAN AGENSI KERAJAAN DAN KORPORAT

  • eKUD@KPLB 2020 juga turut disertai oleh agensi-agensi Kerajaan lain selaku pempamer seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Unit PELAKSANA, Kementerian Kewangan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Kesemua penyertaan tersebut adalah merupakan pelengkap kepada pameran-pameran yang disediakan oleh KPLB dan semua agensi di bawahnya yang memaparkan pelbagai kandungan menarik mengenai fungsi serta program teras masing-masing.
  • Selain pelbagai maklumat disediakan untuk para usahawan dan pengunjung yang hadir, orang ramai juga boleh berinteraksi dengan para pempamer melalui fungsi JomSembang yang ada di kesemua booth yang mengambil bahagian.
  • Sektor korporat tidak ketinggalan turut serta menyertai pameran eKUD@KPLB kali ini dengan antara yang mengambil bahagian adalah Unifi, Celcom, StoreHub dan Shopee dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.


Seminar Digital eKUD@KPLB 2020

  • Sepanjang tempoh tiga hari tersebut, para usahawan juga berpeluang mengikuti program-program keusahawanan yang akan berlangsung dalam talian seperti forum, webinar dan talk show keusahawanan dari para panel serta usahawan yang berpengalaman.
  • Selain itu, dalam usaha memperkasakan usahawan luar bandar, beberapa seni webinar daripada agensi Kerajaan dan sektor korporat turut diadakan. Antaranya adalah daripada MDEC, GRAB, Celcom, Pos Malaysia dan banyak lagi.


Kemeriahan Digital eKUD@KPLB 2020

  • Manakala untuk orang ramai pula, berpeluang untuk menonton dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik sama ada secara langsung atau rakaman. Antara acara yang menjadi perhatian adalah Rancangan Masakan Chef Zam bersama YB Menteri Pembangunan Luar Bandar, Kecoh-kecoh eKUD@KPLB iaitu slot jualan langsung bersama Selebriti Jemputan, Siri Laman Ternak, Zoo Maya dan Urban Farming yang bersiaran daripada pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 10.00 malam.
  • Pengunjung dan pembeli bertuah yang membuat pembelian online serta memenuhi syarat semasa eKUD@KPLB 2020 akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur.
  • KPLB berharap melalui program ini akan dapat memberikan semangat baharu kepada para usahawan luar bandar dan meningkatkan iltizam mereka dalam berusaha memacu perkembangan ekonomi masyarakat di tempat masing-masing.

Bahagian Pembangunan Usahawan Desa

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

4 Disember 2020