TimeTec TA: Sistem kehadiran pintar tersedia bagi projek digitalisasi tenaga kerja kerajaan Selangor
Invest Selangor mengumumkan pelancaran “Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja” PRODUTK, yang merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu Syarikat Industri Kecil dan Sederhana dalam mengurus perniagaan dan bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem yang lebih pintar. TimeTec Cloud Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia perkhidmatan program digitalisasi ini melalui produk berasaskan awan kehadiran pintar, TimeTec TA.
PRODUTK adalah program digitalisasi tenaga kerja yang dibangunkan untuk merekodkan kehadiran dan pemantauan GPS melalui Web dan Aplikasi, jadual kerja, laporan suhu dan analisis data untuk memacukan perkhidmatan dan melakukan unjuran yang lebih tepat. Pembangunan sistem, aplikasi dan perkhidmatan seperti ini dapat membuka peluang kepada usahawan untuk menghasilkan model bisnes yang lebih terancang. Pelancaran PRODUTK juga sejajar dengan aspirasi negara untuk transformasi digital.
Kerajaan Negeri juga sedia maklum dan menyedari perlunya transformasi digital progresif di Selangor untuk semua aspek perniagaan, termasuk operasi dan pentadbiran untuk menghasilkan pengurusan perniagaan yang lebih maju dan berteknologi dalam industri masing-masing. Melalui program ini, syarikat dapat melanggan program digitalisasi tenaga kerja yang komprehensif di mana sebahagian daripada perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dan berharap agar langganan program ini membolehkan syarikat beroperasi dengan lebih produktif, sehingga mempercepat pemulihan ekonomi negeri.
"Tren baru-baru ini juga telah melihatkan lebih banyak syarikat membenarkan pekerja mereka untuk “work from home” atau lokasi-lokasi lain, dengan adanya pelbagai teknologi terkini seperti “video conferencing” untuk mengadakan mesyuarat, dan tren ini telah meningkat sejak pelaksanaan PKP tahun ini,' kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semasa ucapan perasmian PRODUTK melalui rakaman video di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Khamis.
Selain membantu syarikat IKS dalam proses transformasi digital, PRODUTK katanya membolehkan syarikat IKS menjalankan operasi perniagaan dengan selamat dan melindungi kesihatan awam serta memusatkan sistem urus tadbir dan mengautomasikan laporan tenaga kerja mereka untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
KELAYAKAN UNTUK MENDAFTAR PROGRAM
Untuk
melayakkan perusahaan menyertai program ini, Syarikat IKS Selangor perlu
memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
-
Majoriti pemegang hak milik perniagaan adalah warganegara Malaysia.
-
Syarikat IKS yang memiliki kakitangan tidak melebihi daripada 200 orang dalam sektor pembuatan atau tidak melebihi daripada 75 orang kakitangan bagi sektor perkhidmatan.
-
Alamat Ibu Pejabat di Selangor.
Dapatkan maklumat lanjut tentang program ini di bahagian Soalan Lazim.
PENDAFTARAN TERBUKA KEPADA SEMUA SYARIKAT IKS SELANGOR SECARA PERCUMA
SEHINGGA 31 DISEMBER 2020
Pendaftaran
boleh dibuat antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2020 untuk menikmati langganan
Program Digitalisasi Tenaga Kerja percuma selama tiga bulan. Daftar sekarang
di
http://bit.ly/produtk-m
Tentang TimeTec TA
TimeTec
TA adalah sistem kehadiran berasaskan teknologi awan yang lengkap dengan ciri
komprehensif yang menggabung- kan masalah kehadiran tenaga kerja dan pengurusan
masa mereka yang berkait dengan gaji dan kos operasi lain. SME dapat
menggunakan TimeTec TA untuk membantu mereka meningkatkan kecekapan,
mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan
pendapatan. TimeTec TA boleh didapati di 2 platform, Web dan Aplikasi. Web
TimeTec TA dapat diakses melalui mana-mana pelayar web bagi pentadbir melakukan
tetapan pelbagai ciri, jadual dan laporan. Aplikasi pula ialah bagi pengguna
untuk menyemak kehadiran dan bagi admin untuk menggunakan ciri yang tersedia
seperti pemantauan, data kehadiran, dan laporan. Penjadualan kakitangan
merupakan salah satu tugas yang membebankan syarikat, dan TimeTec TA menawarkan
peningkatan proses dan automasi dengan pilihan 999 jadual dalam talian. Yang
perlu dilakukan oleh pengurus adalah menetapkan jadual sekali sahaja dan
menggunakannya sepanjang tahun.
Penyelesaian TimeTec TA telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan jenama tersohor seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain yang menggunakan TimeTec TA sebagai alat digitalisasi tenaga kerja.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai