Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Durio melancarkan pelitup muka 4 lapis terbaharu

Durio PPE Sdn Bhd, Pegilang Kain Melt Blown & Pelitup Muka terbesar di Malaysia, ditubuhkan pada bulan April 2020 dan dilancarkan pada bulan Julai. Hanya dalam beberapa bulan, pelitup muka Durio telah mendapat sambutan yang luar biasa dari pasaran.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelitup muka adalah paling sukar untuk didapati dan harganya juga melambung dengan sangat tinggi. Oleh itu, Durio PPE Sdn Bhd berasaskan dengan idea yang sederhana, hendak menjadikan Malaysia lebih berdikari supaya penggunaan pelitup muka mencukupi, orang ramai boleh mendapatkan pelitup muka berkualiti dengan selesa tanpa membayar harga yang tidak masuk akal. Pengasas Durio PPE Sdn Bhd, Encik Quek See Kui telah melabur sekitar 30 juta ringgit untuk menubuhkan syarikat dan kilang, mengimport mesin dan disatukan dengan pembekal bahan mentah tempatan dan memulakan pengeluaran dengan konsep kecukupan diri di Malaysia.

Tujuan utama penjualan pelitup muka Durio adalah tahap penyaringan yang tinggi terhadap bakteria dan zarah, terbukti dengan kadar Kecekapan Penapisan Bakteria (BFE) 99% dan kadar Kecekapan Penapisan Partikulat (PFE) 95%, serta kesan rintangan aliran udara yang mengagumkan setiap pengguna. Pengguna akan sangat menghargai keselesaan pernafasan ketika memakainya. Ia selesa dan sesuai bila di gunakan, gelung telinga elastik reka bentuk rata selesa dipakai walaupun untuk jangka masa yang panjang. Reka bentuk jalur hidung yang panjang juga membantu mendapatkan keselesaan ketika memakai.

Kain lapisan tengah melt-blown adalah teras kepada pelitup muka. Ia menyaring virus dan bakteria, di mana yang akan menentukan kualiti dan kesan perlindungan pelitup muka tersebut. Durio menyediakan 4 unit barisan pengeluaran melt-blown 1600mm yang dapat mencapai kapasiti bulanan 120 tan metrik. Durio hanya menggunakan bahan berkualiti terbaik dan 100% daripada polipropilena , untuk menghasilkan bahan lebur yang dicas secara elektrostatik berkualiti tinggi untuk kecekapan penapisan yang tinggi dan tahan lama.

20 unit barisan pengeluaran pelitup muka automatik menjadikan Durio dapat mencapai pengeluaran harian sebanyak 2 juta keping pelitup muka. Selain itu, Durio juga telah melabur dalam peralatan canggih untuk menguji kadar penapisan dan ketahanan aliran udara pelitup muka dan mengawal dengan ketat bagi memastikan pelitup muka yang dihasilkan berkualiti. Sebagai tambahan kepada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (NIOSH) di Malaysia, Durio adalah satu-satunya syarikat yang melabur dalam peralatan ujian ini. Dan persekitaran pengeluaran Durio memenuhi spesifikasi standard ISO-13485.

Durio menawarkan pelbagai jenis pelitup muka, termasuk pelindung 3-lapis dan 4-lapis dengan reka bentuk bercetak pelbagai warna dan pelitup muka penapisan bertaraf N95 tiga dimensi. Selain pelitup muka biru 501, Siri Bergaya 502 berwarna-warni yang terdapat dalam warna ungu, merah jambu, oren, kuning dan putih. Terdapat juga 503 pelitup muka kanak-kanak, yang kini terdapat dalam warna hijau dan putih. Terdapat juga pelitup muka bertemakan Hari Kebangsaan Malaysia yang direka khas untuk Warga Malaysia -I Love MY & Malaysia Prihatin; versi dewasa 531A & 532A dan versi kanak-kanak 531K & 532K.

Durio kini melancarkan pelitup muka baru, 4 lapis 543 bercorakkan Batik yang mana amat sesuai dengan tema tradisi Malaysia. Pelitup muka 4 lapis dengan latar belakang putih dan corak batik berwarna ungu dengan perlindungan yang lebih baik dan selesa.

Produk baru yang dilancarkan bersama juga merangkumi pelitup muka 4 lapis berkualiti tinggi 541 Comfort Plus dan 542 Active Carbon. 541 Comfort Plus lebih lembut dan selesa dipakai manakala 542 pelitup muka Active Carbon mempunyai lapisan karbon penghilang bau untuk menyaring bau yang tidak menyenangkan.

Pelitup muka berprestasi tinggi 4 lapis yang baru dilancarkan ini, kini dijual di kedai rasmi Durio di Shopee dan Lazada dengan harga promosi hanya RM31.90 (harga asal RM49.90). Produk baru ini mendapat sambutan luar biasa di pasaran walaupun ianya baru di lancarkan.

Semasa pandemik Covid19 melanda, pelitup muka telah menjadi keperluan dalam hidup kita. Pencegahan wabak ini amatlah sukar untuk di atasi. Perkara yang paling penting ialah memilih pelindung yang berkualiti tinggi dan berkesan. Durio akan terus berusaha lebih dalam R&D, untuk menghasilkan pelitup muka yang lebih berkualiti dan bergaya untuk pengguna agar kehidupan baru dengan norma baru dapat menjadi lebih sihat dan bergaya.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi +607-3311385, +607-3311389, +607-3311815