Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Durio agih 10,000 pelitup muka untuk Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Pengilang pelitup muka dan fabrik 'melt blown' di Malaysia, Durio PPE Sdn Bhd, mengagihkan 10,000 pelitup muka bagi kegunaan petugas barisan hadapan menerusi program berkenaan di lobi bangunan Poliklinik Hospital Sultanah Amina hari ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Durio PPE Sdn Bhd Kong Kian Hao berkata, inisiatif itu antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya bagi menzahirkan penghargaan kepada golongan berkenaan terutama dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Katanya, 1.5 juta produk pelitup muka dihasilkan dalam sehari untuk pasaran tempatan dan 20 peratus daripada jumlah itu akan disalurkan kepada petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia.

"Sehingga kini, lebih dapripada 30 syarikat pengeluar pelitup muka di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19, kerjasama untuk menjadikan Malaysia mencapai kecukupan diri untuk penggunaan topeng diikuti oleh keperluan tinggi untuk topeng muka dari tempatan."

"Adalah menjadi tanggungjawab kami dalam menghasilkan pelitup muka yang berkualiti, berpatutan dan mencukupi untuk pengguna di negara ini, selain mengurangkan kebergantungan produk import," katanya ditemui selepas program penyerahan yang disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu menerima 10,000 pelitup muka daripada Pengurus Pembangunan Perniagaan Durio PPE Sdn Bhd, Kong Kian Hao.

Selain itu, Durio PPE Sdn Bhd juga telah menaja topeng muka kepada sekolah dan organisasi amal seperti program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Gas Sandakan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandan, SJKC Foon Yew 5, dan Pusat Kiwanis CareHeart.

Sementara itu, Aman berterima kasih kepada syarikat korporat yang turut sama memainkan peranan memastikan penularan Covid-19 dapat dikekang.

Katanya, sememangnya perlindungan diri perlu diutamakan oleh golongan itu di saat mereka berdepan risiko dalam menjaga keselamatan rakyat mahupun negara.

Berterusan memberi kembali kepada masyarakat, Durio mengalu-alukan kumpulan NGO untuk bertanya mengenai penajaan pelitup muka.

Untuk pertanyaan sila hubungi Iris Li 012-649 8758