Durio PPE Sdn Bhd hasil pelitup muka murah dan berkualiti 100 % buatan Malaysia
Durio PPE Sdn Bhd pengilang pelitup muka dan fabrik melt blown di Malaysia komited membawa perubahan kepada industri itu berikutan kebergantungan negara terhadap bekalan import.
Syarikat berkenaan ditubuhkan bagi membolehkan pengeluaran pelitup muka di negara ini mencukupi selain masyarakat boleh mendapatkan produk berkualiti dan selesa dipakai pada harga murah.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Durio, Xavier Kong berkata syarikatnya kini giat menghasilkan empat unit mesin pengeluaran melt blown 1.6 meter yang boleh mencapai kapasiti bulanan 240 matrik tan dan mampu menampung 240 juta keping pengeluaran pelitup muka.
Katanya, Melt blown adalah lapisan asas alat pelindung diri dengan teknologi tinggi yang dihasilkan syarikat berkenaan.
Menurutnya, dengan kerjasama syarikat terkemuka dunia dan menggunakan kualiti terbaik polipropilena 100 peratus, Durio menawarkan bahan melt blown secara elektrostatik berkualiti tinggi untuk penapisan tahan lama dan tinggi.
“20 unit pengeluaran pelitup muka automatik sepenuhnya juga membolehkan Durio mencapai pengeluaran harian sebanyak dua juta keping pelitup muka yang menawarkan pelbagai produk termasuk pelitup muka tiga dan empat lapis dengan reka bentuk percetakan pelbagai warna dan disesuaikan serta pelitup muka pernapisan bertaraf N95,” katanya.
Menurutnya, proses pembuatan pelitup muka nampak saja ringkas tetapi sebenarnya ia memerlukan pengetahuan dan rekaan yang terbaik.
Beliau berkata, dari bahan kalis air, penapis tengah dan penyerap dalaman termasuk gelung telinga dan jalur hidung, semuanya gabungan terbaik dalam menghasilkan pelitup muka berkualiti.
Mengambil contoh pelitup muka tiga lapisan, Xavier Kong berkata pengeluar topeng harus memastikan kecekapan penurasan pelitup muka tanpa menjejaskan pernafasan dan rintangan aliran udara tinggi yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna.
Oleh itu, katanya, pelitup muka Durio memastikan kedua-duanya berfungsi dan memberikan keselesaan.
“Lapisan kalis air luar secara efektif dapat menyekat cairan dan titisan sementara lapisan penyerap dalaman yang sangat lembut serta tidak kasar pada kulit, menyerap kelembapan dari mulut dengan berkesan untuk meningkatkan keselesaan pemakai.
“Untuk gelung telinga, reka bentuk yang rata dan bahan mudah di renggangkan dapat mengurangkan ketidakselesaan pada telinga pemakai terutama apabila memakai pelitup muka untuk jangka masa panjang.
“Reka bentuk jalur hidung yang dipanjangkan juga meningkatkan ketegangan untuk mendapatkan perlindungan yang lebih baik,” katanya.
Xavier berkata, Durio tidak hanya mengambil berat bahan mentah tetapi juga persekitaran produksi di mana setiap produk dihasilkan dalam ruangan terkawal yang sesuai dengan keperluan ISO-13485, mengelakkan kemungkinan terjadinya pencemaran atau kecacatan kualiti.
“Dengan meletakkan jaminan kualiti sebagai keutamaan, Durio melabur untuk mendapatkan pengujian kecekapan penapisan zarah bagi memastikan kecekapan penapisan yang boleh dipercayai.
“Alat pernafasan yang disahkan NIOSH juga termasuk dalam senarai pembangunan Durio yang dijangka dilancarkan pada akhir tahun ini,” katanya.
Justeru itu, Durio akan terus berkembang dan mempertingkat pembuatan pelitup muka serta rantaian bekalan yang stabil dengan bekerjasama dengan pengeluar bahan mentah berkualiti tinggi di negara ini.
Durio juga akan menyediakan pelitup muka berpatutan, berkualiti serta mencukupi untuk penggunaan di negara ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pengeksport pelitup muka berkualiti seperti produk sarung tangan.
Rancangan masa depan Durio akan tertumpu kepada pengembangan produk dan kapasiti pengeluaran.
Oleh itu, Durio mencari rakan pengedar yang boleh dipercayai dan menyokong pengembangan pasaran bagi pihak yang berminat boleh menghubungi 07-3311385 atau e-mel [email protected].
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 dan tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia serta kakitangan kesihatan, Durio menghasilkan pelitup muka eksklusif bercetak dengan reka bentuk Hari Kebangsaan Edisi Terhad pada harga cukup berpatutan iaitu RM29.95 sekotak (50 keping) yang kini boleh didapati di kedai rasmi Durio di Shopee dan Lazada.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai