Malaysiakini logo

NDSP #2 Adakah Data Anda Terdedah? – Kenapa "Data is the new currency?"

Data ialah sumber yang berharga dan tidak ternilai yang boleh membantu anda membuat keputusan dan inovasi yang lebih baik tetapi ia juga ada risiko dan cabarannya. Tahukah anda bahawa data anda sering dikumpul, dikongsi dan digunakan tanpa kebenaran atau pengetahuan anda?

Dalam tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia, hanya 35.8% pengguna internet di Malaysia tahu akan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan hanya 27.9% daripada mereka membaca dasar privasi sebelum memberikan data peribadi mereka dalam talian. Ini bermakna ramai lagi rakyat Malaysia yang terdedah kepada pelanggaran data, kecurian identiti, maklumat palsu dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sertai perbincangan ini pada:

Rabu, 23hb Ogos 2023

4pm - 5pm

Klik di sini untuk mendaftar

Topik Perbincangan:

- Apa itu data peribadi dan bagaimana ia dikumpul, diproses, dan dikongsi.

- Hak-hak anda sebagai subjek data dan apa tanggungjawab anda sebagai pengguna data.

- Langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi data peribadi anda daripada sebarang kebocoran atau penyalahgunaan oleh mana-mana pihak.

Ahli panel jemputan:

-Ir. Dr. Karl Ng, Vice President, Digital Health & Digital Cities, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

-Wakil daripada Social and Economic Research Initiative (SERI)

-Wakil daripada Malaysian Association Of Private Colleges And Universities (MAPCU)

Siri Dasar Perkongsian Data Nasional ini adalah kempen yang dianjurkan bersama oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysiakini, Digital News Asia dan disokong oleh Kementerian Komunikasi & Digital (KKD). Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan kesedaran mengenai Dasar Perkongsian Data Nasional kepada sektor awam, swasta dan masyarakat.