Malaysiakini logo

Mengapa Belia Tidak Mengundi?

Youth Parliamentary Debathon merupakan suatu simulasi parlimen di mana para peserta akan memainkan peranan sebagai ahli parlimen.

Melalui program ini, para belia berpeluang untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai proses penggubalan undang-undang, sekaligus mendedahkan mereka kepada peraturan, prosedur dan etika yang perlu dipatuhi dalam setiap prosiding parlimen.

Usul 1 : Mengapa Belia Tidak Mengundi?

16 Julai 2022 (Sabtu)

11 pagi - 1 petang

Click DI SINI untuk RSVP sekarang sebagai penonton

Umur mengundi di Malaysia telah diturunkan kepada 18 tahun, tetapi peratusan keluar mengundi belia adalah rendah dengan ketara semasa pilihan raya Johor baru-baru ini. Kenapa belia tidak mengundi dan apakah cara untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi belia pada PRU15?

RSVP sekarang untuk menonton episod ini! dan ambil bahagian untuk mengundi kenyataan kegemaran anda oleh pendebat belia yang mengambil bahagian dalam sesi ini.

————————————————-

Mengenai Youth Parliamentary Debathon 2022

Youth Parliamentary Debathon merupakan satu siri acara menarik yang direka untuk memperkasakan belia untuk menyuarakan pendapat tentang dasar yang dekat di hati mereka.

Acara ini berformat suatu simulasi parlimen yang peserta akan memainkan peranan sebagai ahli parlimen, sama ada kerajaan atau pembakang dalam perbincangan usul-usul tersebut.

Adakah anda berminat untuk menyertai sebagai pendebat?

Hantar CV anda ke https://bit.ly/DebatBelia22 sekarang!

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel : [email protected]